Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Kes pertama di Gaza, pihak berkuasa bimbang tak mampu tampung rawatan

COVID-19: Kes pertama di Gaza, pihak berkuasa bimbang tak mampu tampung rawatan
Seorang wanita Palestin menyeberangi sempadan Rafah di utara Tebing Gaza pada 8 Mac 2020. REUTERS.
PALESTIN mencatat dua kes pertama COVID-19 pada Ahad, apabila dua rakyatnya yang pulang dari Pakistan ke Tebing Gaza, didapati positif virus tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Palestin Dr Yousef Abu el-Rish mengumumkan bahawa kedua-dua pesakit kini menerima rawatan di sebuah hospital di selatan Tebing Gaza.

“Pada awal Ahad, 22 Mac 2020, kami mengesahkan keputusan dua individu yang pulang dari Pakistan pada Khamis, 19 Mac 2020,” jelas beliau.

“Keputusan itu menunjukkan bahawa kedua-dua individu tersebut adalah positif koronavirus.
“Saya juga ingin mengesahkan bahawa kedua-dua kes dikesan dalam kalangan orang yang pulang ke Tebing Gaza dan tidak membuat sebarang kontak dengan rakyat lain,” kata Dr Yousef.

Pada masa yang sama, lebih 1,270 orang yang menyeberang sempadan Gaza dari Israel dan Mesir sedang dikuarantin di hospital, hotel dan sekolah.
Kes baharu tersebut menambah kebimbangan pihak berkuasa kerana sistem penjagaan kesihatan di Palestin tidak dapat menampung rawatan pesakit sekiranya ia menjadi wabak.

Ini dibayangi oleh konflik politik yang telah wujud sejak berdekad lalu di rantau berkenaan.

Pada Sabtu, Kementerian Dalam Negeri Hamas mengarahkan agar semua dewan majlis perkahwinan dan pasar ditutup bagi mengekang penularan COVID-19.