Kes di India kembali meningkat selepas kerajaan melonggarkan sekatan pada Isnin, mencatatatkan 5,242 kes dalam sehari dengan 157 kematian.

India mengesahkan lebih 96,000 kes positif tertinggi di Asia dengan 3,029 kematian.

Sebilangan besar kes berlaku di bandar besar, dengan Mumbai, pusat kewangan India mencatat hampir 20 peratus daripada jumlah jangkitan.

Pihak berkuasa sebahagian besarnya mengaitkan peningkatan jangkitan di negeri-negeri berkenaan dengan kepulangan ratusan ribu pekerja migran yang terpaksa meninggalkan bandar.

4 Mei lalu, India melonggaran sekatan dengan membenarkan pekerja migran untuk pulang ke rumah masing-masing, keputusan yang mengakibatkan jutaa orang bergerak selama dua minggu tanpa henti.

Pada Isnin, ramai penduduk keluar ke jalanan sehari selepas kerajaan melanjutkan tempoh kerajaan sehingga 31 Mei namun mengurangkan banyak sekatan bagi memulihkan aktiviti ekonomi.

Kedai-kedai kecil dan perniagaan mula dibuka semula di beberapa negeri, dan beberapa kesesakan lalu lintas turut dilaporkan

Syarikat e-dagang mula menghantar barang, termasuk yang dianggap tidak penting, ke tempat di luar zon sekatan.

Bagaimanapum, perkhidmatan metro, penerbangan, sekolah, pusat membeli-belah, kolej, hotel dan restoran masih kekal tutup.