awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif di Indonesia hampiri 150 ribu, kematian 6,500

Bernama
Bernama
21/08/2020
14:46 MYT
COVID-19: Kes positif di Indonesia hampiri 150 ribu, kematian 6,500
Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 657 kes. - Gambar fail/REUTERS
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat, secara keseluruhannya kini berjumlah 149,408 kes dengan 78,877 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,197 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam di republik itu.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 82 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 6,500 orang.
Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 657 kes, dengan 15 lagi kematian.
Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 32,267 kes, diikuti Jawa Timur (29,715) dan selebihnya di 32 provinsi lain.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,128 orang, diikuti Jakarta (1,063), Jawa Tengah (818), Sulawesi Selatan (347) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#kes positif
#Sulawesi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan