Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Kes positif di Indonesia meningkat kepada 18,496 dengan 1,221 kematian

COVID-19: Kes positif di Indonesia meningkat kepada 18,496 dengan 1,221 kematian
Jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai COVID-19 Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,221 orang.
JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 18,496 kes dengan 30 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai COVID-19 Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,221 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat sebanyak 486 kes baharu manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu berjumlah 11,891 orang," katanya dalam sidang media harian yang disiarkan di Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 470 kes diikuti Jawa Timur (222 kes), Jawa Barat (124), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA


Tag: COVID-19, kes positif, Indonesia, Achmad Yurianto, Jakarta



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.