JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Ahad mencecah 12.6 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas.

Angka jangkitan di negara itu kini melebihi 3.2 juta kes positif.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Ahad mencecah 12.6 juta kes.

Brazil negara kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1.8 juta kes.

India dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 820,000 dan 719,000 kes.

Peru dan Chile pula lepasi angka jangkitan 300,000 kes.

Sepuluh negara yang merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom, Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Afrika Selatan.