awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif terkini 5.65 juta, angka korban 353,000 seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2020
23:18 MYT
COVID-19: Kes positif terkini 5.65 juta, angka korban 353,000 seluruh dunia
Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan kenaikan 5,000 kes dalam masa 24 jam. - Gambar fail
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.65 juta.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, terdapat pertambahan 100,000 kes, menurut data Johns Hopkins University.
Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.66 juta.
Dua negara mempunyai angka jangkitan melebihi 300,000 iaitu Brazil dan Rusia, manakala tiga negara mencatatkan angka positif COVID-19 melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Sepanyol dan Itali.
Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, India, Iran dan Peru, sementara Kanada merekodkan angka jangkitan melepasi China, dengan masing-masing 88,000 dan 84,000 kes.
Negara lain masih mempunyai angka kes pandemik itu di bawah 80,000.
Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan kenaikan 5,000 kes dalam masa 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian terkini sebanyak 353,246.
Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat pada Rabu mencatatkan angka kematian sebanyak 100,000 kes.
United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 37,000 dan 33,000 kes, disusuli Perancis dan Sepanyol di kedudukan keempat dan kelima dengan masing-masing 28,000 dan 27,000 kes.
Brazil berada di kedudukan kelima dengan angka korban melebihi 24,000 kes.
Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif berdasarkan bilangan pesakit pulih.
Sebanyak 2.32 juta pesakit COVID-19 di seluruh dunia telah sembuh dan dibenarkan discaj.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Brazil
#China
#COVID-19
#India
#Iran
#Itali
#jangkitan
#Jerman
#kes kematian
#kes positif
#Rusia
#Turki
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan