Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Korea Selatan catat kenaikan mendadak kes jangkitan koronavirus

COVID-19: Korea Selatan catat kenaikan mendadak kes jangkitan koronavirus
Wabak COVID-19 telah meragut lebih 2462 nyawa di seluruh dunia. -Foto BERNAMA
SEOUL: Jumlah kes mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 di Korea Selatan meningkat dalam masa 24 jam.

Korea Selatan kini mencatatkan 556 kes dan sekurang-kurangnya empat orang mangsa telah meninggal dunia.

Sejumlah 123 kes baharu dilaporkan di mana 93 mangsa berasal dari bandar Daegu di mana menjadi lokasi pertama berlakunya penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata 87 pesakit baharu disahkan dengan koronavirus sehingga 22 Februari.
BACA : COVID-19: Iran sahkan kematian kelima

BACA : Koronavirus: 96 kematian, 630 kes baharu di Hubei
Wabak COVID-19 telah meragut lebih 2462 nyawa di seluruh dunia.