Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Laungan azan di Kuwait ditukar kepada "solat lah kalian di rumah"

COVID-19: Laungan azan di Kuwait ditukar kepada "solat lah kalian di rumah"
Difahamkan, perubahan tersebut berkuat-kuasa sehingga notis baharu dikeluarkan.- Gambar REUTERS
BERIKUTAN penularan wabak COVID-19, pihak berkuasa Kuwait mengeluarkan arahan menutup sementara masjid di negara itu, selain menyeru rakyatnya menunaikan solat di kediaman masing-masing.

Media antarabangsa Middle East Eye melaporkan laungan azan yang berkemundang di negara itu telah diubah kepada perkataan “solat lah kamu di rumah”, berbanding seruan asal iaitu “mari kita solat”.
Kementerian Hal Ehwal Awqaf dan Islam Kuwait membuat pengumuman tersebut pada Jumaat lalu, selain beberapa video laungan azan yang mengarahkan umat Islam menunaikan solat di rumah turut tersebar di media sosial.

Menerusi sebuah rakaman yang tersebar, kedengaran suara seorang bilal membuat perubahan pada lafaz azan kepada shollu fi rihaalikum (solat lah kalian di rumah).
Ia menyentuh hati ramai pengguna media sosial, kerana pada seketika kedengaran seolah suara bilal berkenaan bergetar ketika melaungkan azan.


Sementara, sebuah lagi video turut kedengaran bilal di sebuah masjid di Kuwait melakukan seruan yang sama ketika melaungkan azan.


Difahamkan, perubahan tersebut berkuat-kuasa sehingga notis baharu dikeluarkan.


Tag: Media, Islam, media sosial, Kuwait, COVID-19, Azan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.