ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban global bertambah 4,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan angka kumulatif kini 532,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 129,000 kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban global bertambah 4,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan angka kumulatif kini 531,000 kes.
Brazil dan United Kingdom (UK) berada pada kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 64,000 dan 44,000 kes korban.

Manakala, kes kematian di Itali dan Mexico akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 dan 30,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes kematian COVID-19.

Negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 20,000 kes.