Brazil terus mencatatkan peningkatan jangkitan kes COVID-19 sehingga mengakibatkan lebih 90,000 terkorban akibat virus itu.

Sebanyak 69,074 kes baharu dilaporkan dengan jumlah kematian terbaharu sebanyak 1,595 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatannya, Brazil secara keseluruhan mencatat lebih daripada 2.5 juta kes dan 90,134 kematian.

Masalah teknikal mungkin menyumbang kepada angka harian yang tinggi.

Kementerian itu, pada Selasa lalu mengatakan bahawa masalah sistem pelaporan dalam taliannya menyebabkan angka dari Sao Paulo tertunda.