ANGKA kematian akibat jangkitan COVID-19 terus meningkat berikutan pertambahan kematian di luar China.

Setakat pagi Khamis, 3,251 kematian dilaporkan di seluruh dunia dengan China mencatatkan angka tertinggi (2,984 kes).

Di luar China, kematian tertinggi dicatatkan di Itali dengan 107 kes, diikuti Iran (92) dan Korea Selatan (35).

Pada masa sama, 94,608 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan China merekodkan 80,270 pesakit.

Kes jangkitan di luar China terus menunjukkan trend peningkatan di mana Korea Selatan mencatatkan kes positif tertinggi dengan 5,621 kes, Itali 3,089 dan Iran 2,922.