SEORANG peguam Amerika Syarikat (AS) dan isterinya memilih untuk terus berada di atas kapal pelayaran koronavirus yang berlabuh di pantai Jepun kerana berasa lebih selamat di situ.
Matthew Smith dan isterinya Katherine berkata mereka merancang untuk terus berada di dalam kapal persiaran mewah Diamond Princess walaupun kerajaan AS mengulangi hasrat membawa pulang ratusan warganya dari situ.
Pasangan tersebut merupakan antara 400 penumpang yang dikuarantin di dalam kapal persiaran mewah itu sejak awal Februari lalu.
Jelas Smith, dia kesal dengan tindakan kerajaan AS yang sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk menambah tempoh masa kuarantin yang ditetapkan walaupun kesemua mereka telah dikuarantin di atas kapal.
“Saya sangat kecewa dengan kerajaan AS atas keputusannya untuk tambah tempoh kuarantin walaupun mereka sedia maklum kami sudah dikuarantin di atas kapal ini sejak seminggu yang lalu,” jelas Smith menerusi laman Twitter.
Malah, kata Smith juga risau dengan rancangan membawa pulang kesemua warga AS dengan dua pesawat penerbangan memandangkan ada di antara mereka mungkin dijangkiti.
Menurut Smith, kesemua mereka akan melalui ujian saringan terlebih dahulu sebelum dibawa pulang ke AS.
“Jika kami tinggal lagi seminggu di atas kapal ini, kami akan diuji dan semestinya keputusannya negatif.
“Namun, kerajaan AS sebaliknya mahu kami dibawa pulang tanpa menjalani ujian saringan.
"Dengan ada yang belum disahkan saringan, adakah wajar menambah dua minggu lagi tempoh kuarantin?” tulisnya lagi.
Sebelum ini, kedutaan AS di Jepun telah mengirim surat kepada semua penumpang Amerika dan kru kapal untuk memaklumkan mereka hanya ada peluang untuk pulang ke AS pada 4 Mac depan.
Smith juga memberitahu bahawa kesemua mereka perlu mengesahkan kehadiran kepada kedutaan AS untuk memberitahu keputusan sama ada mereka ingin pulang.
Peguam itu, yang sering memuat naik perkembangan mengenai kehidupannya dikurung di atas kapal itu berkata pegawai kesihatan Amerika juga pernah melawat biliknya dengan menyatakan mereka tiada pilihan lain selain pulang ke AS.
Kesemua mereka yang dibawa pulang akan menjalani ujian saringan dan mereka yang mempunyai simptom tidak akan dibenarkan pulang, kata pegawai itu.
Penumpang yang pulang mungkin akan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Travis berhampiran Sacramento, California, atau ke Pangkalan Udara Lackland di San Antonio di mana mereka akan menjalani ujian mandatori dan kuarantin selanjutnya.
Agensi
Sun Feb 16 2020
Smith kesal dengan tindakan kerajaan AS yang membuat keputusan menambah tempoh kuarantin yang ditetapkan walaupun mereka telah dikuarantin di atas kapal itu. -Foto AP
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.