Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Peningkatan kes di luar China membimbangkan - WHO

COVID-19: Peningkatan kes di luar China membimbangkan - WHO
Untuk rekod China melaporkan 75,569 kes kepada WHO dan 2239 kematian akibat wabak berkenaan.
ANGKA kematian akibat wabak COVID-19 di China dilihat menurun, namun Pegawai Kesihatan Dunia memberi amaran bahawa terlalu awal untuk membuat ramalan bahawa wabak itu akan reda.

Ini kerana ia kini menular ke beberapa negara lagi dan mencatatkan peningkatan mendadak.

Antara negara terlibat ialah di Korea Selatan, Iran, Itali dan Lubnan.

Di Korea Selatan sahaja, pihak berkuasa kesihatan melaporkan peningkatan jangkitan di negara itu naik dua kali ganda kepada 433 mangsa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya berkata penurunan kes jangkitan di China dilihat baik, namun ia masih memberi kebimbangan kerana terdapat beberapa buah negara yang dijangkiti tanpa ada sejarah perjalanan atau hubungan dengan kes yang disahkan.

"Kebimbangan terbesar kami terus menjadi potensi COVID-19 untuk menyebar di negara-negara dengan sistem kesihatan yang lemah," kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Untuk rekod China melaporkan 75,569 kes kepada WHO dan 2239 kematian akibat wabak berkenaan.