awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penjara terlalu sesak, Indonesia bebaskan 18,000 banduan

Agensi
Agensi
03/04/2020
11:03 MYT
COVID-19: Penjara terlalu sesak, Indonesia bebaskan 18,000 banduan
Petugas dari Palang Merah Indonesia menyembur bahan nyahkuman untuk mengelakkan penyebaran COVID-19 di penjara di republik itu. - Reuters
Indonesia telah membebaskan kira-kira 18,000 banduan dalam usaha untuk menghentikan penyebaran wabak COVID-19 di penjara-penjaranya yang mengalami masalah kesesakan, kata pihak berkuasa pada Khamis.
Langkah itu diambil sehari selepas pemerintah republik berkenaan mengumumkan tentang pembebasan lebih daripada 30,000 banduan untuk mengelak risiko virus itu tersebar dengan lebih cepat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyeru agar penghuni penjara yang berisiko terhadap jangkitan dibebaskan, dengan Afghanistan telah mengumumkan akan membebaskan 10,000 tahanan.
"Sasaran kami adalah untuk membebaskan 30,000 penghuni, tetapi jumlah itu mungkin akan bertambah," kata Rika Aprianti, jurucakap Ketua Pengarah Pemulihan.
Arahan pelepasan daripada pemerintah itu merangkumi pesalah juvana dan tahanan dewasa yang telah selesai menjalani sekurang-kurangnya dua pertiga daripada hukuman mereka.
Banduan dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas dibebaskan.
Badan hak asasi manusia, Amnesty International, mengalu-alukan keputusan itu, tetapi menggesa kerajaan untuk mengambil keputusan yang wajar dan membebaskan banduan dalam kalangan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan.
"Mereka terdedah kepada COVID-19 dan mereka mesti dibebaskan," kata Pengarah Eksekutif Amnesty Indonesia, Usman Hamid.
Topic Berkaitan
#banduan
#COVID-19
#Indonesia
#kerajaan
#koronavirus
#PBB
#penjara
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan