JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 160,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Isnin mencecah 11.36 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.87 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1.57 juta kes.

Rusia dan India melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 680,000 dan 673,000 kes.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Isnin mencecah 11.31 juta kes.

Sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom (UK), Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki dan Perancis.

Manakala negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 adalah Jerman, Afrika Selatan, Bangladesh, Colombia dan Kanada.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia tertinggi dengan jumlah kes COVID-19 lebih 62,000 kes, diikuti Singapura dengan 44,000 kes.