JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 190,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, angka jangkitan setakat pagi Selasa mencecah 11.71 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.98 juta kes.

Brazil negara kedua dengan kes positif tertinggi iaitu 1.62 juta kes.

angka jangkitan setakat pagi Selasa mencecah 11.71 juta kes.
India dan Rusia pula melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 719,000 dan 693,000 kes.

Sejumlah 12 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom, Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki dan Perancis dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 adalah Jerman, Bangladesh, Colombia, Kanada dan Qatar.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 85,000 kes.