PERU memulakan semula pengangkutan udara, darat dan air di sempadannya selepas dihentikan selama empat bulan untuk mengekang penularan COVID-19.

Lapangan Terbang Jorge Chavez di Lima dilihat sesak dengan penumpang yang beratur panjang dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Terdapat 20 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu dari lapangan terbang utama itu dan angka itu lebih rendah berbanding lebih 100 penerbangan harian sebelum bermulanya pandemik.

Keadaan yang sama juga dapat dilihat di terminal bas negara yang mana dipenuhi dengan penumpang.

Dalam pada itu, pengangkutan Sungai Amazon juga kembali beroperasi dengan SOP yang ditetapkan.

Kerajaan telah mengarahkan pembukaan semula pengangkutan di 18 dari 25 wilayah di negara tersebut.

Tujuh wilayah masih dalam kuarantin kerana peningkatan kes COVID19.

Setakat ini, Peru merekodkan 12,417 kematian dengan 337,751 kes jangkitan koronavirus.