Jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di Wuhan, China di mana punca pandemik itu terjadi mencatat angka sifar selepas pesakit terakhir dibenarkan pulang pada Jumaat.

Menurut agensi berita Xinhua, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan menurun di bawah angka 50 untuk pertama kalinya di Hubei, iaitu wilayah yang paling teruk dilanda pandemik itu.

Tidak ada kes baharu dilaporkan selama lebih 20 hari di wilayah berkenaan.

COVID-19 yang dipercayai berasal dari pasar basah di Wuhan pertama kali muncul pada bulan Disember tahun lepas sebelum tersebar ke seluruh dunia.

Wuhan, sebuah bandar yang mempunyai 11 juta penduduk ditutup pada akhir Januari.

Sekatan yang melarang orang meninggalkan kawasan itu secara rasmi dibuka awal bulan ini untuk perayaan, walaupun penduduk masih diuji untuk sebarang jangkitan COVID-19.

China telah menyaksikan jumlah kematian akibat koronavirus lebih daripada 4,600 orang dengan 3869 di Wuhan dan sedikit kes baharu kini.

Ia juga mengesahkan 83,911 kes secara keseluruhan dan sekitar 46,000 kes di Hubei.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di beberapa bahagian di negara itu harus mengadakan kembali kuarantin ketat kepada mereka yang kembali dari luar negeri dalam usaha untuk mencegah lonjakan pesakit baharu.