Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Pihak berkuasa mengeluh, warga London 'sibuk' berjemur

COVID-19: Pihak berkuasa mengeluh, warga London 'sibuk' berjemur
Pagar masuk ke Brockwell Park ditutup selepas taman itu diserbu 3,000 pengunjung yang mahu berjemur. - AP Photo/Matt Dunham
LONDON: Setiausaha Kesihatan United Kingdom, Matt Hancock, memberi amaran langkah kawalan wabak COVID-19 akan diperketat jika orang awam gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Ini termasuklah aktiviti senaman di luar rumah yang akan diharamkan jika orang ramai berterusan melanggar peraturan penjarakan sosial.
Perkara itu dinyatakan Hancock apabila salah sebuah taman rekreasi terbesar di London, Brockwell Park di Herne Hill, terpaksa ditutup selepas diserbu kira-kira 3,000 pengunjung yang mahu berjemur di bawah sinaran matahari.

Situasi seumpama itu sebelum ini menjadi kebiasaan bagi penduduk kota metropolitan berkenaan pada hujung minggu, terutama ketika cuaca cerah dan panas.
"Kita membenarkan orang awam ke taman untuk bersenam, tetapi berjemur tidak termasuk dalam kategori senaman.

"Saya bimbang jika ini berterusan, lebih ramai yang akan beri pelbagai alasan untuk keluar rumah," katanya dalam temuramah dengan BBC.

Beliau bagaimanapun memaklumkan majoriti penduduk mengikuti arahan untuk duduk di rumah kecuali untuk membeli barang keperluan seperti makanan, rawatan perubatan, pergi bekerja atau bersenam.

Sebelum ini, polis meluahkan kekesalan dalam satu hantaran di Facebook apabila terpaksa menyuraikan kira-kira 100 pengunjung di Primrose Hill, London.

"Mereka datang membawa makanan dan kain alas, bukan berdua, tetapi satu kumpulan yang ramai.

"Apabila satu kumpulan disuruh balik, datang lagi satu kumpulan. Kami sangat kecewa," itu yang ditulis pada hantaran tersebut.

 




Tag: Matt Hancock, koronavirus, London, United Kingdom, polis, perubatan, kesihatan, Brockwell Park, COVID-19, Primrose Hill



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.