Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Polis India pakai topi keledar bentuk virus untuk beri kesedaran

COVID-19: Polis India pakai topi keledar bentuk virus untuk beri kesedaran
Rajesh Babu memakai topi keledar berbentuk seakan imej mikroskopik virus COVID-19 yang dibuat khas. - Gambar REUTERS
CHENNAI: Seorang pegawai polis di India telah menemui cara yang kreatif untuk meminta orang ramai agar tidak keluar rumah sepanjang tempoh lockdown di negara itu.

Rajesh Babu, seorang anggota polis di Chennai, memakai helmet atau topi keledar berbentuk seakan imej mikroskopik virus COVID-19 yang dibuat khas sewaktu menjalankan operasi sekatan jalan raya.

Babu akan menghentikan kenderaan atau motosikal, terutama apabila dia melihat mereka tidak memakai topeng muka.

Dia akan memaklumkan kepada mereka tentang perlunya penjarakan sosial dan peralatan pelindungan, dan menggesa mereka untuk tidak keluar jika tiada urusan penting.
"Jika anda keluar, saya akan masuk," katanya kepada orang awam.

Seorang artis, B. Gowtham, merupakan orang yang bertanggungjawab mereka bentuk topi keledar itu selepas mendapati kurangnya kesedaran orang ramai berhubung virus yang kini sudah menjadi satu pandemik itu.
"Orang ramai tidak jaga kebersihan. Kerajaan perintahkan agar tidak keluar rumah tetapi masih ramai yang berkeliaran di sana sini tanpa peralatan keselamatan yang betul, tanpa topeng muka," kata Gowtham seperti dilapor CNN.

Gowtham berpendapat orang ramai tidak mengambil serius penyakit itu kerana ia tidak dapat dilihat. Jadi dia memutuskan untuk membuat sesuatu yang membolehkan mereka dapat 'melihat' virus itu.

India telah mencatatkan 1,024 kes COVID-19 dan 27 kematian.


Tag: COVID-19, koronavirus, India, polis, operasi, virus, Rajesh Babu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.