Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Presiden AS ambil ubat malaria untuk elak simptom pandemik

COVID-19: Presiden AS ambil ubat malaria untuk elak simptom pandemik
Trump sudah beberapa minggu cuba mempertahankan ubat malaria sebagai penawar COVID-19. - AP Photo/Manuel Balce Ceneta
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui mengambil ubat malaria untuk mengurangkan simptom sekiranya dijangkiti koronavirus.

Menurut Trump, dia mengambil ubat malaria dan makanan tambahan lain untuk tempoh lebih seminggu.

Tegasnya, ubat itu dibekalkan pakar perubatan White House.

Banyak faedah yang diperoleh daripada ubat ini. Anda pasti terkejut apabila mengetahui berapa ramai yang mengambil ubat ini, khususnya petugas barisan hadapan.
"Ramai yang mengambil ubat ini, termasuk saya,” katanya.

Trump sudah beberapa minggu cuba mempertahankan ubat malaria sebagai penawar COVID-19.
Namun, pendapat itu sebenarnya ditolak pakar perubatan.

Ubat malaria sebaliknya berpotensi menyebabkan kesan sampingan yang lain.

Ia juga belum terbukti secara saintifik untuk merawat COVID-19.