awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat hargai tindakan Korea Selatan salur maklumat menyeluruh

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/04/2020
09:22 MYT
COVID-19: Rakyat hargai tindakan Korea Selatan salur maklumat menyeluruh
Korea Selatan telah menyaring lebih 270,000 orang, jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan mana-mana negara lain. Gambar fail/ heraldm.com
Penyaluran maklumat secara menyeluruh kepada rakyat disifatkan penting dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
Demikian pendapat wartawan Korea Times, Damin Jung selepas Korea Selatan dilihat menjadi negara contoh yang berjaya meleperkan keluk jangkitan COVID-19 tanpa perlu mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan atau lockdown.
“Dalam usaha sesebuah negara termasuk Malaysia untuk mengawal pandemik COVID-19, adalah penting untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang cukup berhubung penularan wabak tersebut.
“Selain itu, langkah pencegahan dengan kerjasama kerajaan dan organisasi swasta (juga penting) untuk melawan virus tersebut.
“Jadi, saya fikir itu yang menjadikan kerajaan Korea Selatan berjaya lakukannya dengan baik,” katanya menyuarakan pendapat peribadinya ketika dihubungi Astro AWANI menerusi aplikasi Skype pada Jumaat.
Jelas Damin, komunikasi yang telus daripada pihak kerajaan juga penting pada waktu kecemasan.
Terdahulu, negara yang mempunyai populasi lebih 51 juta itu dilihat cukup bersedia dalam menghadapi pandemik COVID-19 selepas berjaya menggunakan kelebihan teknologi dimiliki mereka.
Platform analisis Big Data dan kecerdasan buatan (AI) menyaksikan Korea Selatan mampu mengawal penularan COVID-19 dalam masa yang singkat, selain kemudahan pusat saringan pandu-lalu.
Korea Selatan telah menyaring lebih daripada 270,000 orang, satu jumlah yang besar berbanding negara lain.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#COVID-19
#Korea Selatan
#Korea Times
#Korea Utara
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan