awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
'Champagne sparklers' disyaki cetus kebakaran maut di bar Switzerland
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rantaian bekalan makanan terjejas, aktiviti 'kebun bumbung' dipergiat

Agensi
Agensi
08/04/2020
20:42 MYT
COVID-19: Rantaian bekalan makanan terjejas, aktiviti 'kebun bumbung' dipergiat
Singapura jadikan bumbung tempat letak kenderaan di kawasan perumahan awam sebagai kebun bandar. - Reuters
Singapura mengumumkan beberapa langkah baharu untuk mempercepatkan pengeluaran makanan tempatan akibat wabak COVID-19.
Antara langkah baharu itu termasuklah menjadikan bumbung tempat letak kenderaan di kawasan perumahan awam sebagai kebun bandar.
Singapura hanya mengeluarkan kira-kira 10 peratus daripada keperluan makanannya tetapi mempunyai rancangan untuk meningkatkan pengeluaran susulan perubahan iklim dan pertambahan penduduk yang dilihat mengancam bekalan makanan global.
Di seluruh dunia, sekatan terhadap pergerakan orang ramai kerana wabak COVID-19 mengganggu sektor pertanian dan rantaian bekalan makanan, sekali gus menimbulkan kebimbangan berlakunya kenaikan harga.
"COVID-19 menekankan pentingnya pengeluaran makanan tempatan, sebagai sebahagian daripada strategi Singapura untuk memastikan bekalan makanan terjamin.
"Pengeluaran makanan tempatan akan mengurangkan kebergantungan kami terhadap bahan import, dan kami akan lebih bersedia sekiranya berlaku gangguan bekalan makanan," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa memberi jaminan kepada penduduk setempat bahawa negara itu mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Untuk menjayakan projek itu, tender akan dikeluarkan kepada mereka yang berminat untuk menjayakan kebun bandar, bermula bulan depan.
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#COVID-19
#kebun bandar
#koronavirus
#makanan
#penanaman
#pengeluaran makanan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan