Bagi menenangkan keadaan di Wuhan, tempat tercetusnya penularan wabak COVID-19, para petugas dari dua hospital sementara yang didirikan meraikan hari jadi pesakit yang dilahirkan pada Februari.

Memetik laporan media tempatan, CCTV, sambutan meriah di salah sebuah hospital sementara, di Wuchang diraikan dengan kek, sorakan dan kegembiraan pesakit.

Kira-kira 14 pesakit yang dilahirkan pada Februari diraikan bersama-sama dengan pesakit lain.

Sambutan ini disifatkan sebagai sambutan luar biasa dalam kalangan pesakit yang kini sedang dirawat akibat COVID-19.

Di hospital itu, kira-kira 800 pesakit ditempatkan bagi menerima rawatan lanjut.

Sambutan ini disifatkan sebagai sambutan luar biasa dalam kalangan pesakit yang kini sedang dirawat akibat COVID-19. Foto: CCTV

Sambutan ini disifatkan sebagai sambutan luar biasa dalam kalangan pesakit yang kini sedang dirawat akibat COVID-19. Foto: CCTV

Bukan itu sahaja, sebuah lagi hospital di Jiangan turut meraikan hari kelahiran lapan pesakit yang ditempatkan di situ.

Hospital Jiangan kini merawat kira-kira 1,000 pesakit.

Setakat ini, 10 hospital sementara didirikan yang menggunakan perkhidmatan bangunan awam, manakala 10 lagi hospital sementara dijangka akan siap tidak lama lagi.