Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Satu lagi kematian di Singapura, jumlahnya kini 24

COVID-19: Satu lagi kematian di Singapura, jumlahnya kini 24
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan berkata kematian terbaharu membabitkan seorang lelaki warga China yang meninggal dunia pada 31 Mei lepas di National University Hospital. - Astro AWANI
SINGAPURA: Singapura yang dijangka melonggarkan lagi langkah pemutus rantaian jangkitan pada Selasa, melaporkan satu lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat penyakit itu kini berjumlah 24.

Kementerian Kesihatannya dalam satu kenyataan berkata kematian terbaharu membabitkan seorang lelaki warga China yang meninggal dunia pada 31 Mei lepas di National University Hospital.
Dikenali sebagai kes 17,329, jangkitan lelaki itu disahkan pada 1 Mei lepas dan didiagnosis dengan komplikasi limfoma akibat kegagalan pelbagai organ semasa ditempatkan di unit rawatan rapi hujung April lepas.

Walaupun dengan rawatan komplikasi limfoma, keadaannya semakin merosot dan beliau kemudiannya meninggal dunia, menurut kementerian itu.
Singapura pada mulanya melaporkan dua kes kematian akibat COVID-19, seawal 21 Mac lepas.

-- BERNAMA