awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekolah menengah mula dibuka di Korea Selatan

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2020
03:39 MYT
COVID-19: Sekolah menengah mula dibuka di Korea Selatan
Guru di Sekolah Menengah Perempuan Junghwa di Daegu, Korea Selatan sedang memeriksa kotak pembahagi di atas meja pelajar sebelum sekolah dibuka semula pada Rabu. -AP
Sekolah menengah mula dibuka di Korea Selatan hari ini setelah permulaan semester musim bunga ditangguhkan beberapa kali sejak Mac ketika negara itu bergelut memerangi wabak COVID-19.
Pelajar senior hadir ke sekolah pada Rabu untuk pertama kalinya tahun ini dengan memakai topeng ke kelas di bawah prosedur ketat bagi mencegah penyebaran koronavirus, lapor Reuters.
Kehadiran mereka disambut para guru yang dilihat menunggu di pagar sekolah dengan termometer dan cecair pensanitasi tangan.
Korea Selatan sebelum ini telah mengadakan kelas dalam talian susulan penularan wabak tersebut.
Namun berikutan kes jangkitan koronavirus yang menurun setiap hari selepas kemuncaknya pada Februari, kerajaan bertindak membuka sekolah di bawah garis panduan kesihatan baharu.
Antaranya, pelajar dan guru mesti memakai topeng kecuali pada waktu makan, dan diminta untuk membersihkan meja mereka.
Tingkap akan dibuka untuk meningkatkan aliran udara, dan meja perlu berjarak sekurang-kurangnya 1 meter.
Korea Selatan mengumumkan rancangan membuka semula sekolah rendah dan menengah secara berperingkat bermula hari ini hingga 1 Jun untuk semua 5.5 juta pelajarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Korea Selatan
#koronavirus
#permulaan semester musim bunga ditangguhkan
#sekolah menengah mula dibuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan