WUHAN, pusat penularan wabak COVID-19, mencatat kluster jangkitan baharu.

Sejumlah lima kes baharu dilaporkan dengan kes pertama dikesan 3 April lalu.

Menurut pihak berkuasa, kluster kecil kes baharu itu melibatkan penduduk dari kawasan kejiranan yang sama.

Kluster kecil Wuhan ini adalah yang pertama dilaporkan sejak China melonggarkan sekatan pada 8 April.

China melonggarkan sekatan sejak beberapa minggu lalu selepas mencatat penurunan kes jangkitan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa dan pakar kesihatan memberi amaran, risiko jangkitan kembali menular adalah tinggi selepas kerajaan melonggarkan sekatan.