announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Singapura catat 136 kes baharu, 18 kes dalam komuniti

COVID-19: Singapura catat 136 kes baharu, 18 kes dalam komuniti
Majoriti daripada kes hari ini masih membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama. -Reuters
SINGAPURA: Singapura hari ini melaporkan 136 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes di republik itu sebanyak 44,800 kes.

Mengikut data ringkas setakat tengah hari ini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH), terdapat 18 kes dalam komuniti dengan enam ialah rakyat tempatan atau penduduk tetap dan 12 merupakan pemegang pas kerja.

"Daripada siasatan awal kami, daripada kes berkenaan, lima adalah kontak rapat kepada kes sebelum ini, dan diarahkan menjalani kuarantin. Siasatan daripada aspek epidemiologi sedang dijalankan untuk kes-kes lain," katanya.

Menurut kementerian itu, majoriti daripada kes hari ini masih membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 591 daripada kes itu sebagai kes import, 1,920 kes dalam komuniti dan 42,153 kes membabitkan penghuni asrama.

Sehingga tengah hari Sabtu, 40,117 atau kira-kira 90 peratus pesakit telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Terdapat 204 kes disahkan masih dirawat di hospital sehingga semalam, dengan dua kes dirawat di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, 4,317 pesakit mengalami gejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan ditempatkan di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, 26 individu meninggal dunia di republik ini akibat komplikasi COVID-19 dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

-- BERNAMA


Tag: Singapura, Kementerian Kesihatan, koronavirus, unit rawatan rapi, meninggal dunia, kesihatan, siasatan, covid-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.