awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat 191 kes baharu, 16 jangkitan dalam komuniti

Bernama
Bernama
10/07/2020
10:24 MYT
COVID-19: Singapura catat 191 kes baharu, 16 jangkitan dalam komuniti
Singapura melaporkan 191 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Singapura melaporkan 191 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 45,613 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan republik itu hari ini, sebanyak 16 kes dalam komuniti dilaporkan, melibatkan tujuh warga tempatan atau pemastautin tetap dan sembilan pemegang permit kerja.
Berdasarkan siasatan awal, lapan daripada 16 kes berkenaan adalah kontak rapat kes-kes terdahulu dan telah dikuarantin, sementara kes-kes lain masih dalam siasatan, kata kementerian itu dalam kenyataan di sini.
Menurut MOH, turut dilaporkan satu kes import yang telah diletakkan di bawah kuarantin di rumah sejurus tiba di Singapura.
Sebahagian besar kes baharu yang dilaporkan melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.
Sementara itu, data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 608 daripada keseluruhan kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,011 kes jangkitan dalam komuniti dan 42,803 adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.
Setakat tengah hari semalam, 41,645 atau kira-kira 92 peratus pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital atau pusat jagaan komuniti.
Kementerian itu juga berkata sebanyak 197 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan seorang ditempatkan di unit rawatan rapi.
Menurut kenyataan itu, seramai 3,554 pesakit yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasing dan dirawat di pusat jagaan komuniti.
Setakat ini, Singapura merekodkan 26 kematian akibat COVID-19 dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes baharu
#kes import
#pekerja asing
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan