awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat 277 kes baharu, lima dalam komuniti

Bernama
Bernama
24/07/2020
10:17 MYT
COVID-19: Singapura catat 277 kes baharu, lima dalam komuniti
Dengan angka terbaharu ini, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 mencecah 49,375 kes. - BERNAMA
Singapura merekodkan 277 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama, menurut data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan di sini hari ini.
Dengan angka terbaharu ini, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 mencecah 49,375 kes.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata berdasarkan siasatannya setakat ini, terdapat lima kes dalam komuniti dengan dua daripadanya adalah rakyat Singapura atau pemastautin tetap dan tiga pemegang pas kerja.
MOH juga berkata ada dua kes import yang dikenakan Notis Duduk Di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.
Dalam data lengkap yag dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 659 kes sebagai kes import, 2,155 kes komuniti dan 46,284 penghuni asrama.
Selain itu, 45,015 atau kira-kira 92 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti.
Setakat 12 tengah hari semalam, 137 kes disahkan masih lagi berada di hospital dan kebanyakan daripada mereka dalam keadaan stabil atau beransur pulih serta tiada kes ditempatkan di unit rawatan rapi.
Sejumlah 3,919 pesakit yang bergejala atau sihat secara klinikal tetapi masih positif dalam saringan COVID-19 telah diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.
Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di sini.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asrama
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes baharu
#Notis Duduk di Rumah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan