Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan tambahan 35 kes jangkitan COVID-19, membabitkan dua lagi rakyat Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 879 kes.
MOH dalam kenyataan di sini memaklumkan seorang daripada rakyat Malaysia itu adalah daripada sektor penjagaan kesihatan awam dan kini diletakkan di bawah kategori tiada kaitan domestik.
Lelaki berusia 20 tahun yang juga kes ke-853, pemegang Pas Kerja Singapura itu, telah berada di Singapura selama dua hari sejak 16 Mac lepas.
Dia dilaporkan mula bergejala pada 28 Mac dan keputusan ujian berikutnya petang tadi mengesahkan dia dijangkiti COVID-19, menurut kenyataan itu.
Porter di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) itu kini dimasukkan ke bilik isolasi di pusat itu dan tidak datang bekerja selepas mengalami gejala, menurut MOH.
Satu lagi kes import membabitkan lelaki Malaysia berusia 41 tahun yang juga pemegang Pas Kerja Singapura dan kini berada di wad Hospital Besar Ng Teng Fong.
Daripada 35 kes positif itu, MOH memaklumkan sembilan adalah kes import manakala 26 kes tempatan yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
Sembilan kes import itu mempunyai sejarah ke Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Timur Tengah dan negara-negara ASEAN.
Singapura juga telah mengenal pasti tiga kluster baharu iaitu S11 Dormitory @ Punggol di Seletar North Link, Wilby Residences di Wilby Road dan Hero's di Circular Road.
Sehingga hari ini, 16 kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh ialah 228.
Daripada 420 kes yang masih dirawat di hospital, kebanyakannya berada dalam keadaan stabil atau bertambah baik manakala 19 kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi.
Setakat tengah hari tadi, MOH mengenal pasti 12,984 kontak rapat yang sudah dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 30 2020
Singapura hari ini mengesahkan tambahan 35 kes jangkitan COVID-19, membabitkan dua lagi rakyat Malaysia. - Gambar fail/REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.