Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan tambahan 75 kes jangkitan COVID-19, dengan tiga daripadanya melibatkan rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan di sini, kementerian itu memberitahu satu daripada kes import dari Malaysia melibatkan seorang lelaki berumur 32 tahun yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura, manakala dua lagi dari sektor penjagaan kesihatan awam.
Dua kes dari sektor penjagaan kesihatan awam itu melibatkan seorang porter wanita berumur 24 tahun di Hospital Tan Tock Seng yang merupakan pemegang Pas Jangka Panjang dan seorang penolong rawatan kesihatan wanita berumur 20 tahun di Sengkang General Hospital yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura.
Menurut kementerian itu 75 kes baharu hari ini yang terdiri daripada enam kes import dan 69 kes tempatan, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kini adalah 1,189.
Sehingga hari ini Singapura telah mengenal pasti empat lagi kluster baharu yang terdiri daripada Sungei Tengah Lodge di Old Choa Chu Kang Road; Toh Guan Dormitory di Toh Guan Road East; Cochrane Lodge II di Admiralty Road West; dan The Orange Ballroom di Geylang Road.
Kementerian Kesihatan Singapura berkata 15 lagi kes jangitan COVID-19 telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti, menjadikan jumlah yang sembuh daripada jangkitan penyakit itu kini adalah 297.
Daripada 500 kes yang disahkan yang masih di hospital, kebanyakan mereka adalah dalam keadaan stabil atau semakin sembuh, manakala 26 lagi dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sementara itu 386 kes yang dalam keadaan baik secara klinikal namun masih positif COVID-19, diasingkan dan dijaga di Concord International Hospital, Mount Elizabeth Hospital, Gleneagles Hospital serta Community Isolation Facility di D'Resort NTUC.
Singapura hari ini melaporkan satu lagi kematian akibat COVID-19, mrenjadikan jumlah yang maut akibat penyakit itu kini adalah enam.
Sehingga pukul 12 tengah hari, Kementerian Kesihatan Singapura telah mengenal pasti 16,910 kontak rapat yang telah dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 04 2020
75 kes baharu hari ini yang terdiri daripada enam kes import dan 69 kes tempatan.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.