Singapura mengesahkan satu lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara itu pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 85 orang.

Memetik laporan Channel News Asia, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) turut memaklumkan tiga lagi pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah didiscaj kepada 37 orang.

Menurut MOH, kes terbaharu itu membabitkan seorang lelaki warga China berusia 36 tahun dan merupakan pemegang Pas Kerja Singapura.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

Lelaki berkenaan tiada rekod perjalanan ke China baru-baru ini dan kini sedang dirawat di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID).

Sehingga tengah hari tadi, pihak MOH telah mengenal pasti 2,616 kontak rapat, di mana seramai 1,147 daripada jumlah itu sedang dikuarantin dan 1,469 telah selesai menjalani kuarantin.

Seramai 48 pesakit masih lagi dirawat dengan empat kes dalam keadaan kritikal.