Singapura berikrar ia berusaha untuk kekal berhubung dengan dunia, walaupun dunia kembali mengamalkan dasar perlindungan di tengah-tengah pandemik COVID-19.
"Walaupun kami kecil, kami boleh tunjukkan contoh dan mempunyai idea yang baik," kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing dalam siri penyiaran pihak kementerian "Making a Living in a COVID-19 World" di sini pada Ahad.
Chan ketika memberikan contoh, berkata semasa mempromosikan perdagangan bebas, kerjasama awal republik itu dengan Brunei, Chile dan New Zealand akhirnya berkembang menjadi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
"Bersama dengan New Zealand, kami telah mengeluarkan satu Penyata Bersama Ministerial bagi menentang sekatan eksport dan mendukung rantaian bekalan global. Dari hanya dua pihak, kami sekarang mempunyai sebelas negara pelanggan dan mungkin bertambah," katanya.
Chan juga menyatakan Singapura sedang membina rangkaian perkongsian ekonomi digital.
Kerjasama itu akan menentukan peraturan persaingan dan usaha sama dalam ekonomi baharu termasuk mewujudkan peluang untuk perkongsian itu mengembangkan pasaran luar negara mereka.
"Kami telah menyimpulkan perjanjian yang sama dengan Australia, Chile dan New Zealand. Kami bakal saksikan pemeteraian yang lebih banyak lagi," katanya.
Menurut menteri itu, republik tersebut sedang menunggu peluang untuk menandatangani perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada tahun ini.
RCEP yang akan meliputi semua 10 negara anggota ASEAN termasuk Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan, "akan merendahkan kos import untuk pengguna kami serta eksport bagi pengeluar kami."
"Perjanjian itu dan perjanjian perdagangan bebas yang lain (FTA) akan membuka peluang baharu untuk perniagaan kami dan akan menjadikan kami satu pangkalan pelaburan yang lebih menarik di rantau ini.
"Ini akan menggambarkan kepada dunia mengenai keyakinan serta keazaman kami untuk meneruskan integrasi ekonomi serantau," kata Chan.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memulakan siri penyiaran itu pada 7 Jun lepas.
Ia kemudiannya diikuti oleh Menteri Pembangunan Kebangsaan Lawrence Wong pada 9 Jun dan Menteri Kanan serta Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Negara Teo Chee Hean pada 11 Jun.
Giliran Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dijadualkan pada minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 14 2020
Perjanjian RCEP akan menggambarkan kepada dunia mengenai keyakinan serta keazaman Singapura untuk meneruskan integrasi ekonomi serantau. - Gambar BERNAMA
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.