Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memberi peringatan bahawa seperti kerajaan lain, langkah sokongan kewangan yang besar di republik itu tidak dapat melindunginya daripada perubahan yang berlaku dalam ekonomi global akibat COVID-19.
"Kerajaan telah membelanjakan trilion dolar untuk menyokong perniagaan, ekonomi dan pekerjaan. Bagaimanapun, berpuluh juta pekerjaan hilang. Keluarga berdepan kesukaran.
"Kita sepenuhnya berada dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Lee dalam satu daripada enam siri siaran nasional mengenai masa depan Singapura selepas pandemik COVID-19, pada Ahad.
Lee, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan empat menteri akan menyampaikan ucapan dalam siri siaran nasional itu bermula Ahad hingga 20 Jun.
Mereka akan memberi penjelasan mengenai gambaran masa depan Singapura pada pasca COVID-19 dan menyusun rancangan agar negara itu lebih kuat dalam menempuh kesukaran.
Lee berkata Singapura turut terjejas apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu dijangka menguncup antara 4.0 dan 7.0 peratus pada tahun ini yang disifatkannya sebagai "penyusutan paling buruk pernah kami alami."
Untuk melindungi pekerja, isi rumah dan syarikat, Perdana Menteri berkata kerajaan Singapura melaksanakan empat belanjawan negara secara berturut-turut.
"Kami menyuntik hampir S$100 bilion atau 20 peratus daripada KDNK, intervensi fiskal terbesar dalam sejarah kami," katanya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri itu melahirkan keyakinannya bahawa republik itu mampu menikmati masa depan yang cerah walaupun berdepan cabaran yang besar pada masa ini.
"Perdagangan dan pelaburan antarabangsa mungkin merosot, namun tidak akan hilang sepenuhnya.
"Sebahagian aliran akan dialihkan atau terhenti, namun, saluran baharu yang lain akan dibuka. Pasaran luar negara masih ada di samping peluang dalam perkongsian antarabangsa," katanya.
Selain COVID-19 dan cabaran ekonomi, Lee berkata Singapura perlu menguruskan isu-isu penting lain di peringkat domestik dan luaran.
"Di peringkat luaran, kami perlu mengharungi landskap strategik yang mengalami perubahan. COVID-19 telah memburukkan hubungan Amerika Syarikat dan China. Tindakan dan tindak balas semakin meningkatkan ketegangan hari demi hari.
"Ia akan menjadi lebih sukar kepada negara-negara yang berpihak kepada kedua-dua kuasa itu. Ia lebih berbahaya kepada negara kecil seperti Singapura," katanya.
Sehubungan itu, Lee berkata republik itu antara lain perlu bekerjasama dengan negara-negara yang sehaluan untuk menyokong perdagangan bebas dan multilateralisme.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020
Lee berkata Singapura turut terjejas apabila KDNK republik itu dijangka menguncup antara 4.0 dan 7.0 peratus pada tahun ini. - Foto BERNAMA
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.