Singapura yang mengumumkan 788 kes baharu COVID-19 pada Rabu melaporkan dua lagi kematian, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu sebanyak 20.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam kenyataan pada Rabu berkata kematian ke-19 melibatkan seorang wanita warga Singapura berumur 97 tahun yang meninggal dunia pada 5 Mei di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit.
Dilabelkan sebagai kes 1414, pesakit itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 7 April dan mempunyai sejarah penyakit hipertensi.
Sementara itu, kematian ke-20 melibatkan kes 1528 iaitu seorang lelaki warga Singapura berumur 73 tahun yang meninggal dunia di Hospital Umum Singapura pada 6 Mei.
Pesakit itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 7 April dan mempunyai sejarah hipertensi, 'hyperlipidaemia' dan melitus diabetes.
Singapura melaporkan dua kematian pertama akibat COVID-19 pada 21 Mac.
Ketika ini, 1,634 individu pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan discaj daripada hospital atau fasiliti isolasi komuniti.
Sebanyak 1,462 kes yang disahkan positif COVID-19 sedang dirawat dihospital dan kebanyakannya dalam keadaan stabil serta semakin pulih manakala 23 dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 17,082 kes dengan gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19 masih ditempatkan di fasiliti komuniti.
Daripada 788 kes yang dilaporkan semalam, tiada kes import direkodkan. Ia merangkumi 13 kes di fasiliti komuniti, pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama (16) dan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama (759).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
Singapura yang mengumumkan 788 kes baharu COVID-19 pada Rabu melaporkan dua lagi kematian, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu sebanyak 20.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
COVID-19: Singapura lapor dua lagi kematian
Dilabelkan sebagai kes 1414, pesakit itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 7 April dan mempunyai sejarah penyakit hipertensi.