Ketika Singapura mula membuka pintu sempadan negaranya kepada pelawat antarabangsa secara berperingkat, republik berkenaan akan memperkenalkan langkah tambahan untuk meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan notis duduk di rumah (SHN) yang bertujuan menyekat penularan COVID-19 oleh pelawat kepada komuniti setempat.
Berkuat kuasa 11 Ogos, semua pelawat yang memasuki Singapura dan menjalani SHN di luar kemudahan khusus SHN (SDF), perlu memakai alat pemantauan elektronik sepanjang SHN untuk tempoh 14 hari.
Peraturan ini wajib dipatuhi rakyat Singapura, pemastautin tetap warga Singapura, pemegang pas jangka panjang, pemegang pas kerja dan tanggungannya.
Demikian menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (MOE), dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu individu yang berumur 12 tahun ke bawah akan dikecualikan daripada syarat berkenaan.
Sejak 21 Mac lepas, semua pelawat yang masuk negara ini wajib menjalani peraturan SHN selama 14 hari, sebaik berada di republik ini.
Pelawat boleh sama ada mematuhi regim SHN di kediaman mereka atau menjalaninya di SDF serta menjalani ujian COVID-19 di kemudahan ujian komuniti yang ditetapkan, sebelum tamat tempoh SHN mereka.
Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di Singapura, pelawat yang menjalani SHN di kediaman mereka akan diberikan alat pemantauan elektronik di pusat pemeriksaan, selepas melalui pemeriksaan imigresen.
"Mereka perlu mengaktifkan alat pemantauan elektronik berkenaan setelah tiba di kediaman mereka," katanya.
Bagi yang gagal berbuat demikian, termasuk individu yang mengganggu atau mengeluarkan alat pemantauan elektronik selama tempoh SHN, boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Penyakit Berjangkit (COVID-19) Peraturan Perintah Tinggal Di Rumah) 2020.
Denda itu boleh dikenakan sehingga S$10,000 dan/atau penjara sehingga enam bulan, menurut kenyataan itu.
Bagi rakyat asing, mereka perlu maklum bahawa pihak ICA atau MOM akan mengenakan tindakan pentadbiran lanjut, seperti membatal atau memendekkan tempoh permit dan pas untuk tinggal atau bekerja di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020
Peraturan ini wajib dipatuhi rakyat Singapura, pemastautin tetap warga Singapura, pemegang pas jangka panjang, pemegang pas kerja dan tanggungannya. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.