awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura wajibkan pakai penutup hidung dan mulut

Bernama
Bernama
14/04/2020
20:58 MYT
COVID-19: Singapura wajibkan pakai penutup hidung dan mulut
Orang ramai masih dinasihatkan duduk di rumah dan mengelak dari keluar semasa langkah pemutus litar selama sebulan dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail
Singapura pada Selasa melaporkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 melebihi 3,000 memutuskan untuk mengambil langkah lebih tegas dengan mewajibkan semua orang di republik itu memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar rumah.
Ia diumumkan Pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura mengenai COVID-19, Lawrence Wong pada taklimat teknikal secara maya dan sidang media di sini.
"Ia berkuat kuasa serta-merta," kata Wong yang juga Menteri Pembangunan Negara republik itu.
Dengan langkah baharu itu, Wong menegaskan orang ramai masih dinasihatkan duduk di rumah dan mengelak dari keluar semasa langkah pemutus litar selama sebulan dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19.
Wong berkata pemakaian penutup hidung dan mulut adalah langkah pencegahan penting terutama pada orang yang dijangkiti yang mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala.
Singapura selesai mengedarkan penutup hidung dan mulut yang boleh diguna semula pada Ahad (12 April), iaitu peringkat kedua yang bermula pada 5 April manakala peringkat pertama dijalankan di negara kota itu dari 1 hingga 9 Feb.
Menurut Pasukan Petugas, pesalah kali pertama akan dikenakan kompaun S$300, pesalah berulang akan dikenakan denda lebih tinggi atau didakwa di mahkamah bagi kes yang lebih berat.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata sejak 7 April, hari pertama pemutus litar dilancarkan, lebih 6,200 amaran dikeluarkan dan lebih 500 denda dikenakan terhadap individu yang melanggar jarakan selamat.
"Pegawai penguat kuasa telah memerhatikan pematuhan yang lebih baik dengan langkah jarakan selamat sepanjang minggu lepas. Bagaimanapun, kita tidak boleh berpuas hati," kata Gan, yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas.
"Walaupun kenaikan jumlah kes setiap hari kebanyakannya disebabkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja, tetapi masih terdapat kes yang timbul dalam kalangan masyarakat termasuk di tempat kerja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asrama
#COVID-19
#duduk rumah
#Gan Kim Yong
#gejala
#jangkitan
#jarakan selamat
#kompaun
#Lawrence Wong
#pekerja asing
#pematuhan
#Pemutus Litar
#pencegahan
#penjarakan sosial
#penutup hidung dan mulut
#Singapura
#topeng
#wabak
#Wajib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan