Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19 sudah dikesan 7 tahun lalu?

COVID-19 sudah dikesan 7 tahun lalu?
COVID-19 dipercayai ditemui kali pertama di sebuah lombong yang menjadi kediaman kelawar dan tikus. -Gambar hiasan
SAINTIS di China didakwa telah menemukan sejenis virus yang hampir sama dengan COVID-19 tujuh tahun lalu namun tidak berbuat apa-apa untuk memberi amaran kepada dunia.

Siasatan yang dijalankan oleh Sunday Times mendakwa saintis menemui strain yang menyamai koronavirus di sebuah lombong pada tahun 2013 dan dibawa ke makmal virologi di Wuhan untuk ujikaji.

Lombong yang terletak di barat daya China itu merupakan sebuah lombong cari gali tembaga dan ia turut menjadi habitat kelawar dan tikus.

Strain itu dipercayai menjadi punca enam pekerja lombong mengalami demam, batuk dan radang paru-paru pada tahun 2012, di mana dua daripadanya meninggal dunia.
Empat yang berjaya pulih diuji positif antibodi koronavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini telah memberi tekanan kepada China untuk menyiasat dakwaan virus itu mungkin datang dari Institut Virologi Wuhan sepertimana didakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Institut berkenaan merupakan makmal penyakit berjangkit terbesar di dunia yang terlibat dalam eksperimen berisiko tinggi membabitkan kajian bagi mengetahui apa yang boleh menyebabkan satu-satu wabak.