awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tak boleh jerit naik roller coaster, 'hantu' jaga jarak sosial di taman tema Jepun

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2020
02:57 MYT
COVID-19: Tak boleh jerit naik roller coaster, 'hantu' jaga jarak sosial di taman tema Jepun
Antara saranan dikeluarkan kepada pengunjung ialah mereka perlu sentiasa memakai pelitup muka dan jangan menjerit terlalu kuat tidak kiralah semasa menaiki roller coaster atau permainan lain. - Gambar AFP
DILARANG menjerit ketika menaiki roller coaster, jaga jarak sosial dalam Rumah Hantu dan jangan high-five adiwira kegemaran anda.
Itu peraturan baru ditetapkan taman tema di Jepun dalam era pandemik COVID-19.
Tatkala taman tema di sana mula dibuka, sekumpulan pengendali sepakat mengeluarkan panduan berkenaan dalam usaha beroperasi dengan selamat meskipun ancaman virus masih ada.
Antara saranan dikeluarkan kepada pengunjung ialah mereka perlu sentiasa memakai pelitup muka dan ‘jangan menjerit terlalu kuat’ tidak kira semasa menaiki roller coaster atau permainan lain.
Bukan itu sahaja, ‘hantu’ di dalam Rumah Hantu juga perlu menjaga jaraknya dengan ‘mangsa’.
Kakitangan taman tema yang memakai kostum pula tidak dibenarkan bersalam atau high-five dengan peminat cilik mereka sebaliknya mengamalkan penjarakan sosial.
Adiwira yang berlawan dengan musuh juga perlu mengelakkan situasi yang akan menyebabkan penonton menjerit yang berkemungkinan menyebarkan virus kepada orang lain melalui air liur mereka.
Permainan realiti maya juga tidak boleh dibuka kecuali peralatannya disanitasi sepenuhnya.
“Panduan ini mungkin tidak akan membuatkan jangkitan menjadi sifar tapi sekurangnya, ia boleh mengurangkan risiko jangkitan,” kata seorang pengendali taman tema.
Taman tema terhebat di Jepun, Tokyo Disneyland dan Universal Studios Japan masih belum dibuka sehingga sekarang dan belum ada tarikh ditetapkan untuk kedua-duanya beroperasi semula.
Topic Berkaitan
#air
#high-five
#Japan
#Jepun
#koronavirus
#mangsa
#roller coaster
#rumah
#Tokyo
#Tokyo Disneyland
#Universal Studios Japan
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan