Thailand melaporkan sifar jangkitan tempatan COVID-19 sepanjang tujuh hari lepas dengan hanya satu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan wanita Thai yang menjalani kuarantin 14 hari di Chonburi selepas kembali dari Rusia.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thaweesilp Wissanuyothin berkata setakat ini, jumlah kes terkumpul COVID-19 di negara itu ialah 3,082 dengan 57 kematian.
"Seramai 29,725 warga Thai sedang menjalani kuarantin di fasiliti kerajaan selepas kembali dari luar negara. Setakat ini, seramai 145 orang telah diuji positif COVID-19 semasa menjalani kuarantin," katanya pada sidang media COVID-19 harian, di sini hari ini.
Katanya daripada 3,082 kes COVID-19 di negara itu, seramai 2,965 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital sementara 60 masih dirawat dan tidak ada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Bermula hari ini, Thailand melaksanakan fasa ketiga kelonggaran terhadap larangan yang dikenakan sebelum ini dengan membenarkkan lebih banyak perniagaan beroperasi termasuk spa dan rumah urut, panggung wayang, teater dan zoo dengan penguatkuasaan langkah-langkah pencegahan yang ketat.
Sementara itu, Parlimen Thailand pada Ahad meluluskan pakej rangsangan bernilai 1.9 trilion baht (100 baht = RM13.63) bagi menampan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Pakej itu merangkumi rancangan untuk meminjam 1 trilion baht bagi membiayai usaha pemulihan ekonomi dan sosial termasuk 600 juta baht bagi kesihatan awam dan langkah-langkah membina semula ekonomi serta mewujudkan pekerjaan.
Selain itu, Thailand juga akan menyediakan pinjaman mudah bernilai 500 bilion baht bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat COVID-19 dan 400 bilion baht untuk mengekalkan kecairan dalam sektor kewangan.
Majlis Pembangunan Sosial dan Ekonomi Nasional (NESDC) Thailand merendahkan unjuran bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 dengan penguncupan antara lima dan enam peratus berbanding 1.5 hingga 2.5 peratus yang diunjurkan pada Februari.
KDNK Thailand menguncup sebanyak 1.8 peratus pada suku pertama (Q1) 2020 berbanding Q1 2019 selepas pandemik COVID-19 menjejaskan sektor pelancongan dan aktiviti perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
Setakat ini, jumlah kes terkumpul COVID-19 di negara itu ialah 3,082 dengan 57 kematian. - Gambar fail/AP
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.