awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand rekod dua kes baharu, satu kematian

Bernama
Bernama
25/05/2020
12:05 MYT
COVID-19: Thailand rekod dua kes baharu, satu kematian
Ketika Thailand terus merekodkan angka tunggal dalam kes baharu COVID-19, negara itu dijangka memulakan fasa ketiga kelonggaran pada 1 Jun. - Gambar fail/AP
Thailand melaporkan dua kes baharu COVID-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlahnya kepada 3,042 kes dan 57 kematian, sejak wabak itu melanda pada Januari.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CSSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kematian terbaharu itu melibatkan seorang wanita berusia 68 tahun dari wilayah selatan Chumphon, yang merupakan kontak rapat kepada pesakit yang disahkan dijangkiti wabak itu serta mempunyai sejarah penyakit diabetes, masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
Beliau berkata dua kes baharu COVID-19 ialah seorang wanita Cina yang merupakan isteri kepada warga Itali, pesakit disahkan COVID-19 di Phuket dan seorang tukang urut wanita Thailand berusia 55 tahun yang menjalani kuarantin di sebuah kemudahan negeri setelah pulang dari Rusia.
"Sehinga kini, lebih daripada 96 peratus pesakit atau 2,928 telah sembuh dan discaj daripada hospital. Sebanyak 57 pesakit masih berada di wad," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Ketika Thailand terus merekodkan angka tunggal dalam kes baharu COVID-19, negara itu dijangka memulakan fasa ketiga kelonggaran pada 1 Jun.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Tanarak Plipat berkata perniagaan dan venue di bawah risiko rendah COVID-19 (zon kuning) dijangka dibuka semula dan menyambung operasi pada fasa kelonggaran seterusnya.
"CSSA dijangka membuat pengumuman senarainya, mungkin pada Rabu atau Khamis," katanya dipetik Bangkok Post.
Stadium tinju, rumah urut, spa, panggung wayang, pusat boling, taman permainan, venue persidangan, pusat pameran perdagangan dan sekolah tutorial adalah perniagaan dan tempat-tempat di bawah risiko rendah yang dijangka beroperasi semula.
Bagaimanapun, pub, bar dan pusat hiburan malam akan terus ditutup.
Pada Jumaat, dalam mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha bersetuju untuk melanjutkan perintah darurat sehingga 30 Jun.
Mesyuarat itu turut membincangkan kemungkinan memendekkan tempoh berkurung pada waktu malam yang kini dilaksanakan dari 11.00 malam hingga 4.00 pagi.
Pelanjutan itu tertakluk kepada kelulusan Kabinet esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#CCSA
#Chumphon
#COVID-19
#kes baharu
#Phuket
#Thailand
#Thaweesilp Wissanuyothin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan