Thailand melaporkan satu kematian akibat COVID-19 dan satu kes positif baharu melibatkan pelajar Thai yang baru kembali dari Arab Saudi dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah terkumpul kematian dan kes positif COVID-19 di negara itu masing-masing 58 dan 3,083.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kematian terbaharu itu ialah seorang lelaki warga Thai berusia 80 tahun dari Narathiwat di selatan negara.
Sementara itu, kes positif baharu merupakan pelajar lelaki berusia 32 tahun yang baru tiba dari Arab Saudi melalui Kuala Lumpur dan menaiki bas ke Narathiwat melalui pintu masuk Padang Besar pada 25 Mei lepas.
"Setakat ini, lapan daripada 39 penumpang bas dari Kuala Lumpur ke Narathiwat itu didapati positif COVID-19," katanya pada sidang media harian mengenai wabak tersebut, di sini hari ini.
Daripada 3,083 kes, sebanyak 2,966 telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital sementara 59 masih dirawat.
Sementara itu, Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan o-cha memberitahu pemberita yang Thailand tidak akan tergesa-gesa membuka semula sektor pelancongan antarabangsanya kerana keutamaan kerajaan ialah kesihatan dan keselamatan rakyatnya.
"Kami akan benarkan perjalanan melibatkan negara yang ada perjanjian bilateral dengan kami ... ini akan dilakukan secara berperingkat," katanya, menambah kabinet tidak membincangkan penarikan balik larangan operasi penerbangan antarabangsa kerana pihak berkuasa berkaitan sedang mengumpul data untuk menilai situasi.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sebelum ini mengumumkan pelanjutan tempoh larangan ke atas semua penerbangan antarabangsa ke Thailand sehingga 30 Jun ini.
Sementara itu, pulau Phuket di selatan negara telah membuka semula lapangan terbangnya kepada penerbangan domestik bermula 15 Jun, demikian kata jawatankuasa penyakit berjangkit wilayah hari ini.
"Memandangkan pihak berkuasa wilayah telah, dengan secara berkesan, mengekang penularan COVID-19, Lapangan Terbang Phuket beroleh kebenaran untuk membuka semula operasi kepada penerbangan domestik bermula 15 Jun," demikian menurut jawatankuasa itu yang dipetik oleh Bangkok Post.
CAAT mengenakan larangan penerbangan masuk atau keluar dari pulau peranginan tersebut bermula 10 April lepas bagi membendung penularan COVID-19. Semua pintu masuk - darat dan air - Phuket dibuka semula pada 1 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020
Daripada 3,083 kes di Thailand, sebanyak 2,966 telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital sementara 59 masih dirawat. - Gambar fail
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.