Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) pada Sabtu meneruskan larangan terhadap ketibaan penumpang penerbangan antarabangsa sehingga 30 Jun, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini Ketua Pengarah CAAT Chula Sukmanop berkata, larangan tersebut dikecualikan kepada pesawat kerajaan atau tentera, pendaratan kecemasan, pendaratan atas sebab teknikal tanpa menurunkan penumpang, penerbangan kemanusiaan, perubatan ataupun bantuan, penerbangan penghantaran pulang dan juga pesawat kargo.
"Larangan ke atas penerbangan penumpang antarabangsa ke Thailand akan disambung dari 1 Jun 17.00 UTC ke 30 Jun 17.00 UTC. Kesemua kebenaran yang telah diberikan pada tempoh tersebut akan dibatalkan.
"Penumpang yang tiba menggunakan penerbangan yang dikecualikan adalah tertakluk kepada langkah-langkah di bawah Undang-Undang Penyakit Berjangkit, seperti kuarantin 14 hari, dan peraturan di bawah perintah kecemasan bagi negara di bawah dekri darurat," katanya.
Larangan tersebut mula dikuatkuasakan pada 4 ke 6 April, sebelum dilanjutkan ke 18 April. Ia kemudiannya disambung ke 30 April dan 31 Mei.
Sehingga kini, lima syarikat penerbangan telah memulakan semula penerbangan dalam negeri sejak 1 Mei di 17 lapangan terbang di Thailand.
Dengan situasi jangkitan COVID-19 di Thailand terus bertambah baik sejak pertengahan April, Thailand meneruskan dekri darurat sehingga 31 Mei.
Thailand semalam sekali lagi mencatatkan kes baru jangkitan COVID-19 dan kematian 'sifar', mengekalkan jumlah kes keseluruhan 3,025 dengan 56 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 16 2020
Sehingga kini, lima syarikat penerbangan telah memulakan semula penerbangan dalam negeri sejak 1 Mei di 17 lapangan terbang di Thailand. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Syarikat penerbangan Thailand dinasihat elak guna ruang udara sekitar Taiwan
Pada Khamis, China mengumumkan pihaknya telah memulakan latihan ketenteraan di enam zon sekitar Taiwan sehingga Ahad.
COVID-19: Thailand terus larang penerbangan antarabangsa hingga 30 Jun
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) hari ini meneruskan larangan terhadap ketibaan penumpang penerbangan antarabangsa sehingga 30 Jun, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
COVID-19: Thailand lanjut perintah darurat hingga 31 Mei
Thailand melanjutkan tempoh perintah darurat sehingga akhir bulan Mei dan akan mempertimbangkan untuk mengurangkan beberapa sekatan, menurut jurucakap kerajaan.
COVID-19: Penumpang dari negara berisiko perlu kemuka sijil kesihatan
Penumpang yang gagal mengemukakan dokumen tersebut dilarang menaiki penerbangan ke negara itu.