Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Turki longgarkan sekatan bermula 1 Jun

COVID-19: Turki longgarkan sekatan bermula 1 Jun
Solat Jumaat di salah Masjid Fatih di Istanbul dilakukan mengikut SOP penjarakan sosial. - Reuters
ISTANBUL: Turki akan melonggarkan sekatan pergerarakan daalam kalangan rakyatnya bermula 1 Jun ini.

Presidennya, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan, ia termasuk sekatan perjalanan antara bandar di Istanbul selain operasi restoran, kafe, muzium dan kolam renang yng akan dibuka semula.

Pekerja perkhidmatan awam, kecuali yang mempunyai penyakit kronik, akan kembali ke tempat kerja sementara kemudahan penjagaan anak juga akan dibenarkan beroperasi semula.

Bagaimanapun Erdogan berkata, arahan untuk tinggal di rumah bagi warga emas yang berumur 65 tahun ke atas, dan kanak-kanak di bawah umur akan kekal untuk jangka masa yang lebih lama.
Pada awal Khamis, negara itu memulakan semula operasi perkhidmatan kereta api antara bandar secara bertahap, sementara masjid dijadualkan dibuka semula pada Jumaat.

Erdogan juga meminta rakyatnya untuk terus berhati-hati, memakai penutup mulut dan hidung dan mematuhi garis panduan penjarakan sosial.
Sehingga kini, jumlah jangkitan yang disahkan di Turki melebihi 160,000 kes dengan 1,182 kes baharu dalam  tempoh 24 jam.

Kementerian kesihatan Turki juga melaporkan 30 kematian baharu, menjadikan jumlah kematian COVID-19 menjadi 4,461 kes.


Tag: Turki, COVID-19, Istanbul



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.