Pihak berkuasa penerbangan awam Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan tidak akan menerima penumpang dari Pakistan berkuat kuasa 29 Jun disebabkan kebimbangan COVID-19.

Keputusan itu juga terpakai untuk penerbangan transit dari Pakistan.

Penangguhan akan berkuat kuasa sehingga makmal khas menjalankan ujian saringan COVID-19 diwujudkan.

Pihak berkuasa penerbangan awam itu juga menasihatkan penumpang yang terkesan akibat penangguhan itu agar menghubungi syarikat penerbangan untuk maklumat lanjut.

Syarikat penerbangan Dubai, Emirates sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya akan menangguhkan penerbangan dari Pakistan mulai 24 Julai.