awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple: Creator Studio tidak akan guna data pengguna untuk latih AI
Capital A jual 17 juta saham AirAsia X bernilai RM28.05 juta
AS umum fasa kedua pelan tamatkan perang Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Uber buang 3,000 pekerja lagi dalam gelombang kedua

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2020
00:20 MYT
COVID-19: Uber buang 3,000 pekerja lagi dalam gelombang kedua
Awal tahun ini, Uber telah membuang 3,700 daripada tenaga kerjanya. - Gambar fail
UBER membuang 3,000 lagi pekerjanya susulan kurangnya permintaan terhadap perkhidmatan kenderaan e-hailing dan penghantaran makanan akhir-akhir ini.
Ini merupakan gelombang pemberhentian kedua terbesar dalam tempoh dua minggu.
Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu sejak awal tahun ini telah membuang 3,700 daripada tenaga kerjanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uber, Dara Khosrowshahi, berikutan kemerosotan perniagaan sejak penularan pandemik COVID-19, syarikat itu terpaksa mengkaji semula teras utama perniagaannya.
Ia termasuk menutup atau menggabungkan 45 pejabat globalnya, khususnya yang terbabit dengan pemberhentian kerja.
Syarikat e-hailing itu turut menutup operasi Bahagian Pembangunan Produk dan Perkhidmatan serta Unit Kerja Kecerdasan Buatan.
Uber mencatatkan kerugian ASD2.9 bilion bagi suku pertama 2020.
Syarikat itu merekodkan kemerosotan sehingga 80 peratus bagi perkhidmatan e-hailing yang juga teras utama pendapatan pada April, berbanding tempoh sama, tahun lalu.
Topic Berkaitan
#buang pekerja
#Dara Khosrowshahi
#e-hailing
#gabung pejabat
#gelombang kedua
#kemerosotan
#kerugian
#kurang permintaan
#tutup operasi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan