awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO beri amaran risiko pandemik kembali menular

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2020
00:00 MYT
COVID-19: WHO beri amaran risiko pandemik kembali menular
RYAN: Adakah kita sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan yang kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. -Reuters
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, wujud risiko COVID-19 untuk kembali menular ketika banyak negara mula melonggarkan sekatan.
Badan dunia itu turut mendesak negara terlibat agar kekal berwaspada pada tahap tertinggi.
Beberapa negara Eropah antara yang mula melonggarkan sekatan.
Namun, wujud kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan di negara berkenaan
Menurut Pakar Kesihatan Kecemasan WHO Mike Ryan, ini termasuk di Jerman, bandar Wuhan di China, dan Korea Selatan dengan kes seorang pengunjung kelab malam dikaitkan dengan 85 kes baharu.
“Selepas sekatan dilonggarkan, penduduk akan bersosial antara satu sama lain, ini memang tidak boleh dinafikan.
"Mereka akan mengekalkan penjarakan sosial. Tetapi risiko jangkitan akan meningkat.
"Persoalannya, adakah kita sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.
“Kami mempunyai keyakinan terhadap Jerman, Korea dan beberapa negara untuk menghapuskan kluster baharu yang dikesan,” katanya.
Ryan dalam pada itu mengecam beberapa negara yang tidak bertanggungjawab kerana tidak meningkatkan kapasiti ujian saringan ketika mereka mempunyai peluang mengesan kes COVID-19.
Pandemik global ini sudah mengorbankan 283,000 nyawa dengan angka jangkitan melepasi 4 juta orang.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#Jerman
#kekal berwaspada
#Korea Selatan
#Korea Utara
#koronavirus
#longgar sekatan
#Mike Ryan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan