awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WWE diisytihar 'perkhidmatan penting', kembali bersiaran langsung di televisyen

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
14/04/2020
08:22 MYT
COVID-19: WWE diisytihar 'perkhidmatan penting', kembali bersiaran langsung di televisyen
Selain syarikat penyiaran, perkhidmatan lain yang turut sama dibenarkan untuk beroperasi adalah kedai barangan runcit, hospital, bank, syarikat utiliti dan restoran. - Gambar Pexels
Rancangan gelanggang gusti profesional, World Wrestling Entertainment (WWE) bakal menemui penonton di Florida selepas mendapat ‘lampu hijau’ untuk kembali ditayangkan semula.
Menerusi kenyataan dibuat pihak produksi, berita gembira itu diumumkan selepas mendapat persetujuan oleh pejabat Gabenor Florida yang meletakkan rancangan itu sebagai salah satu perkhidmatan penting dalam tempoh kawalan penularan pandemik COVID-19.
“Kami percaya rancangan kami dilihat penting dalam menyajikan orang ramai dengan pelbagai rancangan ketika situasi sukar seperti ini.
“Kami menghasilkan kandungan dalam set studio tertutup yang hanya akan dihadiri oleh kakitangan yang diperlukan selain menitikberatkan panduan dan langkah berwaspada bagi memastikan keselamatan krew pelakon dan kakitangan kami,” katanya kepada agensi berita CNN.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, rancangan WWE ditambah sebagai perkhidmatan penting ekoran ia disifatkan kritikal kepada ekonomi negeri itu.
Bagaimanapun, arahan itu dengan tegas menjelaskan, para pekerja bagi sektor sukan profesional dan produksi media di peringkat nasional hanya dibenarkan beroperasi sekiranya lokasi mereka berhampiran dengan orang awam.
Rancangan itu bakal disiarkan semula secara langsung di televisyen pada Isnin selepas beberapa minggu menjalankan rakaman awal perlawanan termasuk acara terbesar tahunan, WrestleMania.
Florida kini melaksanakan perintah ‘duduk rumah lebih selamat’ sehingga 30 April ini.
Arahan itu turut mengehadkan pergerakan di luar rumah untuk tujuan rakyatnya mendapatkan serta menjalankan perkhidmatan penting.
Selain syarikat penyiaran, perkhidmatan lain yang turut sama dibenarkan untuk beroperasi adalah kedai runcit, hospital, bank, syarikat utiliti dan restoran.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID19
#Florida
#koronavirus
#perintah duduk rumah
#World Wrestling Entertainment
#WrestleMania
#WWE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan