Indonesia membatalkan Ujian Nasional atau peperiksaan persekolahan tahun 2020 dan tidak menggalakkan orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri pada Mei ini, bagi mengekang penularan virus COVID-19.
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus mencatatkan peningkatan dengan kematian setakat hari ini berjumlah 55 kes.
"Kes positif kini berjumlah 686, tambahan sebanyak 107 kes, berbanding 579 kes semalam. Jumlah kematian setakat hari ini, meningkat kepada 55 kes (semalam 49), kes kematian terbanyak adalah di Jakarta (31 kes)," kata Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yutianto yang disiarkan di saluran YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Nadiem Makarim berkata Ujian Nasional tahun 2020 untuk Sekolah Dasar (di Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah), ujian nasional di peringkat Sekolah Menengah Pertama (di Malaysia peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), dan ujian nasional Sekolah Menengah Atas (seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia), dibatalkan dan perkara itu telah dipersetujui Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (Parlimen Indonesia).
"Pembatalan ini disebabkan faktor keamanan (keselamatan), kesihatan dan timbulnya risiko kesihatan (akibat virus COVID-19), kerana Ujian Nasional 2020 melibatkan lapan juta pelajar," katanya dalam siaran di televisyen tempatan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Darat Kementerian Pengangkutan, Budi Setyadi berkata pemerintah Indonesia tidak menggalakkan aktiviti 'bermudik' atau balik kampung, untuk orang ramai pulang menyambut Aidilfitri pada Mei nanti.
"Saya menggesa semua orang supaya tidak kembali ke kampung halaman mereka sehingga keadaan kembali pulih. Mudik melibatkan pergerakan besar-besaran dan boleh menyebarkan virus," katanya dipetik media tempatan.
Setiap kali sambutan Aidilfitri, Indonesia, negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu, akan menyaksikan pergerakan besar-besaran aktiviti 'bermudik', orang ramai pulang ke kampung halaman masing- masing.
Achmad Yurianto sebelum ini menyatakan, dikhuatiri lebih 600,00 warga Indonesia berisiko positif virus COVID-19.
Jumlah kes positif, katanya, boleh atau berkemungkinan meningkat secara drastik berdasarkan pengesanan kontak mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini (pengesanan kontak sebelum mereka yang positif itu disahkan positif).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Setiap kali sambutan Aidilfitri, Indonesia, negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu, akan menyaksikan pergerakan besar-besaran aktiviti 'bermudik', orang ramai pulang ke kampung halaman masing- masing. - Gambar fail/Pixabay
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya